Friday, September 15, 2006

Assalamualaikum-Sumbangan Sahur untuk Anak-anak Yatim

Lama betul aku tak update blog ni. Dalam kesibukan mengejar masa, aku terlupa tentang orang lain. Aku terlupa sebenarnya aku ini begitu kerdil, begitu bertuah. Tiap hari aku merungut, merasakan diri bernasib malang tetapi aku terlupa kekuasaan Allah, aku terlupa bahawa ada lagi insan yang lebih malang nasibnya. Nauzubillah, Ya Allah, jauhi lah aku dari perasaan tamak haloba dan tidak bersyukur.

Ramadhan sudah menghampiri. Alangkah baiknya sekiranya bulan yang mulia ini aku isi dengan kegiatan yang berfaedah. Aku ada menerima email ini daripada seorang rakan spejabat. Aku pastekan di sini...sekiranya ada yang berminat untuk membuat amal ibadah di bulan yang mulia tersebut, bolehlah menghubungi individu yang dinyatakan di bawah.

************************************************************************************
Asalamualaikum wbt,

Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang persaorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini.

Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur. Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra,
Kajang, Selangor kini dihuni oleh 60 orang anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Perbelanjaan bagi setiap hidangan makan ialah diantara RM150 hingga RM200 .

Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat
kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim Nur Hikmah.

Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Urusetia Sahur Nur Hikmah, Sdra Ahmad Fadzil Ahmad , akaun MAYBANK 514301119388 . Selepas anda melakukan pemindahan wang, sila SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut.

Kami bagi pihak Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati
usaha-usaha kita.

Layari Laman web Yayasan Kebajikan Nurhikmah di www.nurhikmah.org.my
Anda juga boleh sama-sama berforum didalam Yahoo Group Nurhikmah di http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
************************************************************************************

Mereka juga mengalu-alukan tenaga sukarela untuk kerja-kerja kebajikan. Contoh sumbangan tenaga yang boleh diberikan ialah seperti memberi tusyen kepada anak-anak, menjaga kesihatan (potong kuku, cuci telinga dan merawat jangkitan). Rumah Nur Hikmah terbuka untuk semua sukarelawan yang sudi menyumbang tenaga.

Wassalam...

1 comment:

Rumah Permata Kasih said...

RUMAH PERMATA KASIH
http://rumahpermatakasih.blogspot.com


MEMOHON SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN & MAKANAN

Merujuk kepada perkara diatas, sukacitanya dimaklumkan bahawa RUMAH PERMATA KASIH (RPK) adalah sebuah pusat kebajikan yang menaungi seramai 32 orang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin, asnaf zakat yang didaftarkan diatas nama PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH. RPK juga berperanan sebagai pusat pengumpulan dan agihan bantuan berupa makanan asas serta lain-lain barangan dan menjadi tempat rujuk bagi mereka yang dalam kesusahan terutamanya ibu tunggal, dan asnaf zakat. Selain anak-anak yang berada dalam asrama, terdapat juga anak-anak yang mendapat perhatian RPK dan masih tinggal di rumah masing-masing.

2. Oleh yang demikian ,kami amat memerlukan sumbangan berupa kewangan dan makanan harian /mingguan /bulanan untuk makanan pagi ,tengah hari ,atau petang bagi meringankan kos perbelanjaan RPK.

3. Moga –moga Tuan sudilah berkongsi susah senang bersama kami untuk menolong anak –anak di RPK ini.Segala jasa baik tuan hanya Allah saja yang menbalasnya atas kebaikkan tuan.Sehubungan dengan itu kami amat berharap agar pemohonan sumbangan ini mendapat perhatian dari pihak tuan.

4.Untuk sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi :

Hp Puan Subiha Safar :013-5038343
En. Wan Shahrun : 013-5165295

5. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menbantu kami menyelesaikan keperluan diatas . Segala kerjasama /perhatian /sumbangan yang tuan berikan ,kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih .Semoga Tuhan membalasi dengan kebaikan segala sumbangan yang tuan hulurkan.

Sekian,

Yang menjalankan tugas,

PUAN SUBIHA SAFAR
(Pengurus Rumah Permata Kasih)

*Sekiranya ingin menyumbang atau menggunakan cek boleh di bank in ke akaun Maybank. (MBB : 557090309604 - PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH )

*Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rumah Permata Kasih sila layari blog kami di
http://rumahpermatakasih.blogspot.com