Monday, November 27, 2006

Adik Fatin

Email ni aku dapat dari seorang rakan sepejabat. Aku paparkan di sini untuk renungan kita bersama.

Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya ,sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer. Bila dah dipotong barulah dapat nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.

Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam. Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin.Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak papan tanda Paya Keladi Hujung di sebelah kanan. Ada sekolah agama di sebelah kanan bertentang dengan kedai runcit di seberang jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m.Rumah ayah Fatin di sebelah kanan (kembar dua) dan betul-betul di belakang sekolah agama.

Kepada yg ingin menyumbangkan secara online, akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-9153033. Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.

Nama anak :Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)
Kaki kiri dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini.Kaki kiri semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Star.Mohon sumbangan dari tuan/puan. Yang perihatin supaya anak kecil
Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih sempurna.
Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan atau, hubungi sendiri bapa Nur Fatin di talian 019 4023596 (Rashidi)

**SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH**

Friday, September 15, 2006

Senarai Rumah-rumah Kebajikan di Malaysia

Di sini aku sertakan senarai rumah-rumah kebajikan yang terdapat di Malaysia. Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan wang ringgit atau tenaga bolehlah menghubungi orang yang berkenaan di alamat/nombor yang tertera.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah
Jejawi, 01000, Kangar, Perlis
Tel: 04-9761957

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Kedah
(Rumah Amal Alor Setar)
Jalan bahagia, 988 Mentalon,05250, Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7327313

Badan Usaha Anak-Anak Didikan Yatim
Negeri Kedah (BUDI)
Jalan pegawai, 06900, Yan, Kedah
Tel: 04-4655208

Persatuan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA)
Daerah Kulim & Bandar Baru
No. 2, Jalan Bukit, 09000, Kulim, Kedah

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam)
No. 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar, 05300, Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7335124

Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pulau Pinang
Wisma Yatim, No. 173, Jalan Air Itam, 11400, Pulau Pinang.
Tel: 04-8288897

Rumah Kanak-kanak Taman Bakti
13200, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Rumah Seri Kenangan
31250, Tanjung Rambutan, Perak.

Rumah Seri Kenangan
Jalan Stesen Ulu, 34000, Taiping Perak.

Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz
Jalan Ipoh, 33000, Kuala Kangsar, Perak

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Batu 4, Jalan Cheras, 58000, Kuala Lumpur

Taman Pendidikan Anak Yatim Darul Kifayah
Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Tel:03-6270960

Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah
Jalan Semarak, 45000, Kuala Lumpur.
Tel: 03-8891495

Rumah Kanak-Kanak Kampung Damai
KM 28.5, Kuang, Gombak, Selangor
Tel:03-6552823

Rumah Seri Kenangan
KM 11, Jalan Cheras, 43000, Kajang Selangor.

Rumah Anak Yatim Sungai Buaya
Kuala Langat, 42700, Banting, Selangor
Tel: 03-8674964

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam
Sabak Bernam, Selangor, Parit 1,Jalan Timur, 45300,Sungai Besar,Selangor.
Tel: 03-8841234, 8842340, 8842849

Rumah Anak-Anak Yatim Hulu Kelang Selangor
Rumah Bakti, KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000, Selangor
Tel:03-4568880

Yayasan Anak Yatim Dan Kebajikan
Murid-Murid Islam Semenyih (YAYAKIN)
Semenyih, Selangor
Tel: 03-8337675, 8139351

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Anak Miskin
Klang (PEYAKIN)
KM 3, Jalan Meru, KG batu Belah, 41050, Klang
Tel: 03-3412513

Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
Taman Subang Permai, 47500, Subang Jaya, Selangor
Tel:03-7312664

Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah
Batu 1 1/2, Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang, Selangor
Tel:03-3410362

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Sabak Bernam
Daerah Sabak Bernam, Jalan Parit Satu, 45300, Sungai Besar, Selangor
Tel: 03-8842849

Rumah Kanak-Kanak Kuala Selangor
(Rumah Tunas Harapan)
Jalan Semarak, 45000, Kuala Selangor
Tel: 03-8894148

Yayasan Anak Yatim & Kebajikan Murid Islam Semenyih
(YAYAKIN)
Semenyih, Selangor
Aras Dua pejabat Agama Islam,
Daerah Kuala Langat, Jalan Low Ti Kok 43000, Kajang, Selangor

Jemaah kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin
Ulu Gadong, Kampung Ulu Gadong, 71350, Rembau, Negeri Sembilan

Rumah Seri Kenangan
Jalan Har Hui Foong, 70200, Seremban, Negeri Sembilan

Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejahtera
Kuala Pilah, Seri Menanti, 71550, Negeri Sembilan
Tel: 06-4811163

Yayasan Anak Yatim Dewan Perniagaan Melayu
Tingkat 11, Wisma Dewan Perniagaan Melayu,
Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban
Tel: 06-7620251

Lembaga Kebajikan Pengurusan Anak Yatim Miskin Islam
Sekolah Agama Paya Rumput, Sungai Udang, 76300, Melaka
Tel: 06-3512364

Rumah Tunas Harapan Jasin
D/A Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah
77000, Jasin Melaka

Rumah Seri Kenangan
Cheng, 76450, Melaka

Pertubuhan kebajikan Anak-Anak yatim Islam Batu Pahat
180, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel: 07-7725841

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam
No. 16, Jalan Petri, 84007
Muar Johor
Tel: 07-9510022

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Johor
118, Jalan Bukit Cagar, 80300, Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2234664

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing
D/A Pejabat Agama Mersing, Aras 3, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, 86800, Mersing, Johor
Tel: 07-7992834

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kluang
No. 30, Jalan Besar Off Jalan Kolam Air, 86000, Kluang, Johor
Tel: 07-7725841

Rumah Seri Kenangan
Jalan Ithnin, Kg. Ungku Mohsin, 80350, Johor Bahru

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Segamat
KM 5, Jalan Muar, 85000, Segamat, Johor.
Tel: 07-7734249

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (Kota Tinggi)
Lot 2472, Jalan Taib, Kota kecil, 91900, Kota Tinggi, Johor
Tel: 07-8834753

Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah
Alor Akar, 25250, Kuantan Pahang

Rumah Seri Kenangan
Taman Kamumin, 16100, Pengkalan Chepa Kelantan

Persatuan Kebajikan Islam Terengganu
(PERKASA)
Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Darul Falah,Padang Su Man, Jalan Mak Kemas, Bukit Payung, 21400, Kuala Terengganu
Tel: 09-6192667

Persatuan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)
423-B, Jalan Pusara, 20400, Kuala Terengganu
Tel: 09-6224924

NURUL IHSANASRAMA ANAK-ANAK YATIMKG TALANG TENGAH,31120 SUNGAI SIPUT (U),PERAK. TEL : 05-5984708 / 05-5984715H/P : 019-5774553

Assalamualaikum-Sumbangan Sahur untuk Anak-anak Yatim

Lama betul aku tak update blog ni. Dalam kesibukan mengejar masa, aku terlupa tentang orang lain. Aku terlupa sebenarnya aku ini begitu kerdil, begitu bertuah. Tiap hari aku merungut, merasakan diri bernasib malang tetapi aku terlupa kekuasaan Allah, aku terlupa bahawa ada lagi insan yang lebih malang nasibnya. Nauzubillah, Ya Allah, jauhi lah aku dari perasaan tamak haloba dan tidak bersyukur.

Ramadhan sudah menghampiri. Alangkah baiknya sekiranya bulan yang mulia ini aku isi dengan kegiatan yang berfaedah. Aku ada menerima email ini daripada seorang rakan spejabat. Aku pastekan di sini...sekiranya ada yang berminat untuk membuat amal ibadah di bulan yang mulia tersebut, bolehlah menghubungi individu yang dinyatakan di bawah.

************************************************************************************
Asalamualaikum wbt,

Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang persaorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini.

Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur. Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra,
Kajang, Selangor kini dihuni oleh 60 orang anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Perbelanjaan bagi setiap hidangan makan ialah diantara RM150 hingga RM200 .

Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat
kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim Nur Hikmah.

Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Urusetia Sahur Nur Hikmah, Sdra Ahmad Fadzil Ahmad , akaun MAYBANK 514301119388 . Selepas anda melakukan pemindahan wang, sila SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut.

Kami bagi pihak Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati
usaha-usaha kita.

Layari Laman web Yayasan Kebajikan Nurhikmah di www.nurhikmah.org.my
Anda juga boleh sama-sama berforum didalam Yahoo Group Nurhikmah di http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
************************************************************************************

Mereka juga mengalu-alukan tenaga sukarela untuk kerja-kerja kebajikan. Contoh sumbangan tenaga yang boleh diberikan ialah seperti memberi tusyen kepada anak-anak, menjaga kesihatan (potong kuku, cuci telinga dan merawat jangkitan). Rumah Nur Hikmah terbuka untuk semua sukarelawan yang sudi menyumbang tenaga.

Wassalam...