Wednesday, September 14, 2005

Individu Yang Memerlukan

Dalam kita bergelak ketawa bersama keluarga dan rakan-rakan, kita kadang-kadang terlalai dalam menjalankan tanggungjawab sesama insan. Di sini saya sertakan kisah dan alamat individu yang memerlukan bantuan kita semua. Sesetengah daripada kisah individu yang akan dipaparkan di blog ini di ambil daripada website program Bersamamu terbitan TV3 dan ada sesetengahnya daripada maklumat teman-teman dan rakan-rakan. Thanks to Janelabu yang telah memberikan nama individu di kampungnya yang boleh disifatkan sbg fakir.
1) SERINANG SUBI – Seorang ibu berusia 53 tahun. Dia menghidap reput tulang kronik dari pangkal peha hingga pinggang (Osteoporosis). Masalah bertambah serius sejak setahun lalu sehingga dia tidak mampu berjalan. Ibu tunggal ini mempunyai empat anak berusia antara 10 hingga 17 tahun yang masih bersekolah. Serinang hanya terlantar di katil dan tidak dapat melakukan apa-apa. Untuk bangun duduk, mandi, buang air, makan-minum semuanya memerlukan bantuan orang lain. Setiap hari dia menunggu kepulangan dua anak lelakinya dengan penuh sabar. Anaknya Saufi dan Shahmi pula tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan mengorbankan masa remaja mereka demi ibu tersayang. Serinang menghantar dua anak kembarnya Adila dan Adiba, 10 tahun ke asrama untuk memastikan mereka dapat menumpukan kepada pelajaran sepenuhnya. Serinang mendapat sumbangan dariapda PERKESO tetapi tidak cukup untuk hidup sempurna.

ALAMAT RESPONDEN:
SERINANG SUBIKg Sematar IndahBeranang,43700 SELANGOR
Tel: 012-6745788/ 03- 87337001 (Mohd Sallah Subi-Adik Serinang)
2)Keluarga Abdul Rashid-kisah keluarga ini diceritakan oleh Janelabu di blog Ilham. Keluarga ini merupakan orang kampung Janelabu, mempunyai 5 orang anak. Pernah mereka berlapar selama 3 hari kerana tidak mempunyai wang. Suaminya yang cacat bekerja di kantin sekolah jarang berada di rumah. Anak yang paling besar sedang menuntut di tingkatan dan yang paling bongsu berumur. Pada hari raya puasa yang baru lepas, anak-anak mereka pakai kain sekolah kerana tidak mempunyai baju raya. Si suami hanya ke masjid bersolat raya dengan memakai t- shirt kerana tidak mampu untuk memiliki baju melayu...
ALAMAT RESPONDEN:
ABDUL RASHID BIN MUHAMMAD YUSOF,NO ; 23, KAMPUNG SIMPANG TEMIN,31100 SUNGEI SIPUT UTARA,PERAK.
3) MAINI MARIAM – Sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kedaifan. Maini Kudat yang bekerja sebagai pembantu mekanik di bengkel, isterinya, Mariam Abdullah, dan lima orang anak , berusia di antara 11 tahun dan 12 bulan, terpaksa duduk menumpang di bekas kilang bata yang telah di tinggal lebih 12 tahun lalu. Si suami, Maini, menghidapi penyakit sawan yang mana kadangkala memaksanya tidak dapat ke tempat kerja justeru gajinya akan dipotong. Hanya pada Maini sahaja tempat mereka bergantung harapan bagi sesuap nasi. Dia bekerja keras untuk memastikan anak-anaknya meneruskan persekolahan sungguhpun kesempitan wang. Malah, dia terpaksa membayar tambang van RM 70 sebulan untuk dua anaknya ke sekolah. Pendapatan Maini tidak setinggi mana, kira-kira RM350 sebulan. Keadaan rumahnya begitu daif. Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air. Hidup bagaikan kais pagi makan pagi, tumbuhan di sekitar rumah adalah makanan mereka. Lebih menyedihkan, siput babi dijadikan santapan sekeluarga bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka. Dek kerana kedaifan ini, ahli keluarga terdekat menyisihkan mereka sekeluarga. Mereka pernah cuba mendapatkan bantuan dari pihak tertentu tetapi sehinga sekarang tiada sebarang jawapan.

ORANG YANG TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI
Sjn 65424 Kasnon Bin Kasnan( Cawangan Sekolah)F48 PUSAT LATIHAN POLIS KM24 JLN PUNCAK BORNEO93250 KUCHING, SARAWAK
Tel: 016-8829935 , 0128803056 (Sjn Kasnon Bin Kasnan)

No comments: