Wednesday, September 14, 2005

First Day

Hari ni first day start blogging. Semuanya bermula sebab terpengaruh dgn Ilham n Sumie. Well, blog ilham n sumie are my favourite blogs so far.Dont know what to write either.
Hari tu ada tertengok rancangan Bersamamu kat TV3. Tak sedar air mata menitik. Kalau TV3 tak siarkan, susah nak percaya pada zaman ni ada lagi insan yg sedhaif tu kat Malaysia. Sampaikan makan nasi berlaukkan garam dan berkuahkan air sahaja. Serta merta aku merasakan seolah-olah aku ni manusia yg tidak bersyukur. Aku cukup makan dan pakai tapi merungut selalu. Selalu complaint increment sikit la, claim susah nak dapatla, kerja macam nak gila tapi gaji sikit la.
But come to think of it, i think i have a right to complaint also because i work for it. Bak kata Confusious, a man will not be able to move the world if he doesn't move himself (lebih kurang camtu la kata2 dia). So, i don't want to be easily satisfied but i don't want to be ungrateful either. I have to move myself in order for me to be successful. Tapi aku tak boleh lupakan rumput yang di bumi, aku tak boleh lupakan dan tidak memperdulikan kesusahan orang lain kan? Teringat cerita umi mengenai dia adik beradik sewaktu membesar. Ayah hanya seorang tukang kayu dan mek mengambil upah membasuh baju dan menjaga anak orang. Mereka 8 beradik terpaksa menjaga diri sendiri. Kadang kala mek dan ayah tak mampu beli susu, jadi umi hanya membancuhkan air kosong dgn gula dan diletakkan dalam botol untuk diberikan pada adiknya. Mereka juga pernah makan nasi berlauk garam. Umi sedih bila anak-anak dia seolah-olah tak tahu menghargai duit, terlalu boros berbelanja. Mungkin cerita umi lah yang menjadikan aku seperti aku sekarang, terkadang ada rasa cemburu dalam hati bila melihat kawan-kawan membeli barangan atau pakaian yang cantik-cantik, teringin aku nak memiliki benda yang sama. Tapi bila difikirkan balik, untuk apa benda tu semua? Adakah aku memerlukannya? Bukankah lebih baik sekiranya duit itu walaupun cuma 10-20 ringgit aku bantu orang yang lagi memerlukannya?
Terkadang kita terlampau dibuai duniawi, kita lupa pada asal kejadian kita. Seperti apa yang berlaku sewaktu Akademi Fantasia 3 tgh hangat diperkatakan. Terkadang bila tertekan channel @15 tu, darah aku menyirap dan air mata mengalir sendiri. Mungkin yang menghantar mesej2 tersebut adalah remaja. Tetapi bukankah mereka cukup akal? Allah berikan akal untuk berfikir dan merenung kejadianNya, tetapi anak muda kita lebih senang menggunakannya untuk menghina dan mengutuk. Ada yang melampaui batas sampai menghina agama dan bangsa sendiri hanya kerana pelajar yang tidak disukai itu dilabelkan sbg seorang yang beragama dan berjati diri Melayu. Sudah lupakah anak2 ini dengan perjuangan nenek moyang kita? Sudah lupakah anak2 muda ini tentang asal usul sendiri? Sudah lupakah anak muda kita bahawa kota itu berasal dari desa dan desa itu dulunya hanya belantara? Aku masih blh menerima jika hanya perbezaan diantara kota dan desa yang diperkatakan tetapi apabila mengutuk mengenai orang yang mengaji Quran sebagai kolot dan kampungan itu aku tidak boleh menerimanya. Subhanallah, kalau ya pun tak suka, mengutuk tu biarlah berpada. Jangan ditonjolkan kebodohan dan kedunguan sendiri!
Aku terfikir juga, mengapa perlu berhabisan ribuan ringgit untuk mengundi dan mengutuk pelajar tertentu, bukankah lebih elok jika duit yang berlebihan itu disalurkan ke jalan yang betul. Itu lah yang bergayut di hati sewaktu tangan terasa gatal je nak mengundi sewaktu Aznil berkata pelajar di bawah sudah melepasi pelajar di atas (huhuhuhu). Bila terkenang wajah2 sayu anak2 kecil yang makan nasi berlaukkan garam dan berkuahkan air, tangan terus terhenti. Minat-minat juga, tapi biarlah berpada. Kalau ditentukan rezeki oleh Allah, Mawi akan jadi juara. Rupanya betul apa yang hati aku katakan. Memang tersurat rezeki Mawi. Tapi bagaimana pula dengan rezeki anak2 kecil itu? Adakah rezeki mereka cuma nasi berlaukkan garam dan berkuahkan air? Bagaimana pula dengan rezeki aku? Ada seseorang pernah berkata pada aku, dalam rezeki yang Allah berikan pada kita tu, ada terdapat rezeki orang lain. Mungkin benar apa yang dia katakan.
Atas dasar itu dan bertitik tolak daripada usaha Ilham dan rakan-rakan di dalam blognya, maka blog ini akan aku dedikasikan untuk menyenaraikan nama-nama individu dan institusi-institusi yang memerlukan. Sesiapa yang terbaca blog ini bolehlah membantu aku dalam usaha ni agar kita dapat menyusun strategi untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan itu.

No comments: